DEALER BERDAFTAR PUBLIC GOLD (A3332) TEL : 012-3522191
MENJUAL GOLDBAR DAN DINAR PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL

Tuesday, May 3, 2011

Keluaran Terbaru Public Gold - Goldbar 10 gram

BERITA BAIK!!!!!!!
Kini anda boleh mulakan simpanan emas dengan 10g PG, keluaran terbaru dengan harga yg mampu milik.
 
Buat peminat2 emas dan sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyimpan emas, kini ada berita baik dari Public Gold, keluaran terbaru 10gram dengan harga yang menarik untuk dimiliki disesuaikan mengikut bujet anda. Cepat bertindak maka cepatlah anda menikmati hasilnya... bak kata orang puteh fast action fast result...
 
Perihal Goldbar 999.9 (24 karat) 
Emas 999.9 atau 24 karat mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi, kita menjual kerana kandungan emas nya yang padu. Ia juga lebih menjamin simpanan dan merupakan harta yang sebenar bernilai, orang lelaki menggelarkannya sebagai Gentleman Business (GB). Selain itu, ia juga boleh dilebur menjadi emas 916 jika mahu untuk dijadikan bentuk barang kemas yang lebih kuat. Kesimpulannya, emas tetap bernilai walau apa pun bentuknya asalkan ianya emas tulin. Faktor permintaan harga emas juga turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan psikologi. Namun begitu, kenaikan nilainya tetap meningkat dari semasa ke semasa.
 

Wednesday, April 6, 2011

Public Gold di Harian Metro

   
Di atas adalah keratan akhbar Harian Metro yang melaporkan Public Fine Gold International Sendirian Berhad (PFGISB) membekalkan emas dalam bentuk goldbar, dinar dan syilling untuk dimiliki oleh orang ramai sebagai pelaburan melalui kaedah jangka pendek dan panjang. Manakala gambar yang dipaparkan adalah dua orang otai emas yang terkenal iaitu Pokli (Fazli) dan Syukor Hashim. Public Gold dah glamor jadi tak perlulah saya nak promote lebih2 he2. Sesiapa yang berminat dengan produk Public Gold dipersilakan contact saya ye.


Itu keratan berkenaan Public Gold, yang bawah ni pula kenyataan akhbar  KOSMO di halaman utama berkenaan emas yang diramalkan harganya melambung tahun ini.



Ada orang kata, sampai bila2 pun dia tak mampu nak beli emas sebab harganya sentiasa meningkat. Dan ada orang kata sekarang ni nak beli barang keperluan, nak bayar bil2 semua guna wang kertas bukannya emas. Dan ada orang kata  beli emas berbaloi-baloi untuk jangka masa panjang sahaja. Jawapan kepada semua persoalan itu, ialah itu sebabnya kita perlu mempunyai ilmu emas. Ilmu emas tidak susah untuk diperolehi sekiranya kita rajin mentelaah atau pun dengan cara berguru dengan orang yang telah lama berpengalaman dalam dunia emas ( otai emas ). Gunakan kemudahan yang ada dan media yang tersedia untuk merungkai segala persoalan tersebut.



BUAT YANG BARU NAK BERJINAK2 DENGAN PELABURAN EMAS PILIHLAH PRODUK YANG:


> SPREADNYA RENDAH (WE SELL-WE BUY ) - SPREAD YG RENDAH MEMBOLEHKAN ANDA MEMBUAT KEUNTUNGAN DENGAN CEPAT.

> PILIH PRODUK YANG  TIDAK BYK SONGEH SEPERTI TIDAK BOLEH POTONG COVER, TIDAK BOLEH CALAR  DAN LAIN2.. SBB IA BOLEH MEMPENGARUHI NILAI EMAS ANDA JUGA.
 * SAYA SENDIRI PERNAH TERBELI EMAS BYK SONGEH NI, NAK JUAL BALIK DENGAN HARGA MODAL PUN SUSAH..KENA TUNGGU LAMA BARU NAMPAK UNTUNG ..MANA TAKNYE JIKA TERPOTONG COVER SUSUT NILAI SEBANYAK 20-30%. SEBAB TU SAYA SUKA EMAS PUBLIC GOLD DAN SAYA SUKA EMAS YANG TAK BANYAK SONGEH.

> BANYAK2 KAN MENTELAAH ILMU2 EMAS DAN MENGHADIRI SEMINAR2 EMAS. SEBAB DIBIMBANGI ANDA SALAH MENUNTUT ILMU EMAS, JIKA KESEORANGAN. LAIN JADINYA NANTI. KALAU BELI UNTUK SIMPANAN PUN ANDA PERLU MEMPUNYAI ILMU SIMPAN EMAS SEBAB DIBIMBANGI EMAS ANDA DI SOSAH, MENANGIS TAK BERLAGU LE GAMOKNYE.  .


Ada ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan harga pasaran semasa emas dalam urusniaga jual beli emas di malaysia. Sebenarnya, harga emas retail ditentukan oleh federation of gold smith malaysia (fgjam), tetapi ia tidak semestinya tepat kerana ada banyak kedai emas yang tidak mengikut harga standard ini, sebagai contoh, kebanyakkan kedai2 emas di Kelantan menawarkan harga lebih rendah dari apa yang ditetapkan oleh fgjam, mungkin disebabkan terdapat terlalu banyak kedai emas di sana dan situasi ini menimbulkan pesaingan harga di antara kedai2 emas.

HARGA EMAS SEMASA MALAYSIA BOLEH DI LIHAT DISINI >http://www.fgjam.org.my/


Friday, February 25, 2011

Emas vs RM vs USD

Sepertimana seperti yang kita sedia maklum bahawa kekuatan dan kelemahan US Dollar memberi kesan langsung kepada harga emas DUNIA. 

 US Dollar NAIK       = Harga Emas TURUN   
 US Dollar TURUN    = Harga Emas NAIK      



Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

  
  1. Harga emas di dalam USD
  2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.


Perkara ini dapat kita lihat pada tahun 2010, iaitu berlaku kenaikan RM berbanding USD bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah hari ini USD = RM 3.05. Situasi ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. Adakah situasi ini boleh dikatakan sebagai RM sekarang sedang mengukuh????

 
Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini?

Satu cara yang paling mudah untuk mengetahui kedudukan RM ialah dengan membandingkan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD (Singapore Dollar). Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh secara relatif kepada USD tetapi bagaimana pula dengan SGD - Boleh lihat jadual Kadar Tukaran Matawang di bahagian kanan artikel.

Sebagaimana mana kita mengatakan, 'harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh' mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, 'harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh'.

Secara mudahnya, cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata ianya mahal. Tambahan lagi, emas  tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Manakala, duit kertas senang dimanipulasi, nilainya sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun tidak naik2 pun ada, kadang-kadang tiada nilai contoh duit Zimbabwe. Oleh itu, kalau kita ada duit lebih tu, mari kita tukarkan kepada emas. 



 INFO 

 HARGA EMAS TAHUN 1994 - 1 GRAM = SEKITAR RM40
 HARGA EMAS TAHUN 2010 - 1 GRAM = SEKITAR RM150
 SETELAH 2 KALI GELOMBANG 
 KEGAWATAN & KEMELESETAN EKONOMI DUNIA BERLAKU 
 ( 1998 & 2008 )
 TAPI HARGA EMAS TETAP MELONJAK..........




Wednesday, February 23, 2011

Ilmu Pelaburan Emas






1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang  akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2.  Beli emas dulu kemudian tunggu bukannya tunggu masa yang dirasakan sesuai untuk bermula.

3.  Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4.  Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas :- anda kena melabur sambil berniaga emas.

5.  Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).  Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com
)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com
)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)



SETELAH ANDA MEMPERSIAPKAN MINDA ANDA......MARI MULAKAN 
SEKARANG>>>>.
 
~ ANDA TIDAK PERLU MENUNGGU UNTUK MEMBELI EMAS, ANDA PERLU MENGGUNAKAN KONSEP MULAKAN SEKARANG JIKA TIDAK ANDA YANG KETINGGALAN NANTI





Sunday, February 20, 2011

Keistimewaan Dinar

Kuasa beli terhebat sepanjang zaman & nilai yang diterima pakai seluruh dunia ,contoh ~  :


                                                              ( 1 dinar )


         1400 TAHUN DULU                  =                          SEKARANG





                 (...dan lain2 negara)

~ Emas mempunyai nilai yang stabil, adil, bebas riba, selamat dan boleh diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.



Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.





Sunday, February 13, 2011

Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas?



By Syukor Hashim


   Di antara sebab-sebab manusia membeli emas:
 
1.       Penyimpan kekayaan yang terunggul
 
2.       Sebagai pelaburan - harga emas yang meningkat dari masa ke semasa
 
3.       Mas Kahwin
 
4.       Sebagai Hadiah
 
5.       Membayar zakat
 
6.       Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.

 

1. Emas merupakan penyimpan kekayaan yang terunggul. 

Emas merupakan penyimpan kekayaan yang unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai logam berharga. Ia tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Emas mempunyai nilai yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya. Malahan harganya meningkat dalam jangka masa panjang. Ia juga merupakan pelaburan yang kalis inflasi.
Selain itu, emas merupakan mata wang tanpa sempadan dan diterima di seluruh dunia. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan dalam bentuk emas adalah satu tindakan yang sangat bijak. 






                                       Graf: Pergerakan harga emas dari tahun 1998 sehingga 2008

 

2. Emas sebagai pelaburan.
 
Memandangkan emas sekarang berfungsi sebagai komoditi, harganya turut boleh turun naik mengikut permintaan dan penawaran pasaran emas antarabangsa. Justeru seseorang pelabur boleh mendapat keuntungan dengan cara membeli emas ketika harganya turun dan menjualnya semula apabila harganya meningkat.
Dengan melihat kepada tren kenaikan dan penurunan harga, pelabur boleh mendapat keuntungan yang lumayan.


 

                          Jadual: Harga emas harian. Sebagai komoditi harga emas boleh naik dan turun.

 


3. Mas kahwin
 
Memandangkan emas merupakan logam yang berharga, ia boleh digunakan sebagai mas kahwin. Sebagai contoh, di Malaysia, salah seorang artis yang popular, M. Nasir menggunakan 13 dinar sebagai mas kahwin apabila mengahwini Marlia Musa.






 
4. Sebagai hadiah
 
Sifat emas yang cantik, lembut, sukar diperoleh dan mahal menyebabkan ianya menjadi logam yang diminati oleh manusia. Sifat-sifat ini juga menyebabkan manusia memilih emas untuk membuat barang kemas. Oleh itu, emas boleh diberikan sebagai hadiah. Dengan kecantikan dan nilai yang tinggi ia pasti akan dihargai oleh penerimanya.












5. Membayar zakat
 
Di dalam Islam, penggunaan emas membolehkan zakat dibayar dengan lebih tepat. Lagipun emas dan perak merupakan mata wang sunah yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana emas dan perak mempunyai nilai yang tersendiri sedangkan wang kertas hanyalah kertas yang dicetak semata-mata.


6. Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.
 
Mengikut sejarah tamadun manusia, emas merupakan logam yang digunakan secara meluas sebagai wang. Penggunaan emas sebagai wang telah mula dikesan 643 tahun SM di Lydia. Jika berlaku masalah dengan wang kertas, manusia akan mencari alternatif lain yang boleh digunakan sebagai wang. Emas dan perak merupakan alternatif yang terbaik. Ini kerana kedua-dua logam ini pernah digunakan sebagai wang.

 


 
Bagaimana memilih emas pelaburan?
 
Bentuk emas pelaburan yang paling lazim ialah syiling dan juga jongkong emas.
Di antara syiling-syiling emas dan jongkong emas yang terdapat di Malaysia ialah: 

Kijang Emas - Dijual di Maybank














Canadian Gold Maple ( dijual di UOB Bank)






 
   






Singapore Gold Lion (dijual di UOB Bank)













Australian Nugget ( dijual di UOB Bank)
 
 
 







Public Gold Gold Coin (dijual oleh Public Gold)

 
 















Dinar Emas Kelantan - Dijual di Ar-Rahn
 
 

















Jongkong Emas (goldbar)
 
Ini adalah gold bar yang boleh dibeli di Malaysia:-

PAMP Suisse - Dijual oleh UOB Bank, Habib Jewel dan kedai Emas

  


 











Poh Kong Bunga Raya 



 

















Public Gold (agen seluruh negara)

 

Di atas adalah antara produk emas yang ada di Malaysia, dan yang terbaru ialah Gold Crest Pavilion atau dikenali sebagai GCP yang turut menjual goldbar dan dinar. Pilihan di tangan anda. Pastikan anda membeli emas, kemudian anda yang memegang emas anda.. bukannya orang lain yang menyimpan emas tersebut bagi pihak anda. Jauhi skim emas yang merapu dan menipu.



Tuesday, February 8, 2011

Bila Waktu Terbaik Untuk Membeli Emas

Bilakah waktu terbaik untuk membeli emas sering diutarakan oleh mereka2 yang mula berminat dengan emas. Di ringkaskan cerita tak mau panjang2 ini jawapannnya:
Sekiranya kita membeli emas untuk tujuan membina ketahanan ekonomi kita untuk jangka  masa panjang termasuk untuk pendidikan anak2, simpanan hari tua, dan agar aset yang merupakan hasil jerih payah kita tidak terus menurun nilainya waktu demi waktu maka  untuk tujuan ini bila2 masa sahaja adalah masa paling sesuai untuk kita membeli emas. Makin ditunggu makin lambat untuk kita 'merasai' nilai aset paling berharga ini. Mudah kan??

Sekiranya anda menyimpan untuk tujuan mengukuhkan ekonomi anda  untuk jangkamasa panjang – maka tidak ada waktu yang salah untuk memindahkan aset anda dari aset yang berpeluang mengalami debasement (penurunan nilai) iaitu wang kertas kepada aset yang terbukti memiliki daya beli yang stabil sepanjang zaman, 
Kesimpulannya, masa terbaik anda untuk membeli emas adalah pada saat anda memiliki excess fund. Pada bila2 masa sahaja sesuai, sekiranya tujuan anda membeli emas adalah untuk simpanan jangka panjang demi membina ketahanan ekonomi anda dan keluarga dari 'pengikis' nilai matawang iaitu inflasi. Yang mana ia akan mengikis nilai matawang anda sedikit demi sedikit.


Contoh Nilai Emas Tidak Terhakis ~ 1 Dinar Emas terbukti cukup stabil jika pada 1400 tahun dulu harga seekor kambing bersamaan 1 Dinar, pada hari juga harganya tetap sama iaitu seekor kambing bersamaan 1 Dinar Emas. Berbanding wang kertas, jika dulu dengan wang RM1 kita dapat beli macam2 barang, tetapi hari ini dengan RM1 nak beli nasi sebungkus pun tak cukup.

Manakala dari segi jangka pendek pula, emas sebenarnya adalah satu urusniaga jual beli jangka pendek yang menguntungkan. Selain itu, terdapat juga teknik2 tertentu boleh digunakan jika kita mahu menjana keuntungan dengan emas, dan ia telah dinyatakan di bawah tajuk teknik menjana keuntungan dengan emas dalam post sebelumnya..



Artikel2 menarik yang patut di baca
Artikel asal boleh diperolehi di http://worlddinarconference.com/art03.html



By Craig R. Smith, CEO SATC

A.D.700 – A.D. 1924: From the very beginning, Muslims used a gold coin called a Gold Dinar as their form of money. The Gold Dinar remained the official Islamic currency until the collapse of the Ottoman Empire in 1924… when it disappeared for 77 years.
But on Nov. 7, 2001 — less than two months after the terrorist attacks of Sept. 11 — the Islamic Dinar was officially re-launched by the Islamic Mint in West Malaysia and is now available to the public.
Although a beautiful coin, the Gold Dinar could pose a serious threat to the U.S. economy! In fact, its supporters believe the Gold Dinar will become the official currency of more than 1.5 BILLION Muslims worldwide. Now radical Islam is urging Muslims worldwide to drop the U.S. Dollar and adopt the Gold Dinar as their primary currency!

WHY IS THE DINAR A THREAT TO THE U.S. DOLLAR?
Since the reissue of the Gold Dinar in November 2001, the U.S. Dollar has dropped to a RECORD LOW against the euro… while the price of gold has SOARED from about $260 per ounce to an 8-year RECORD HIGH of over $410 per ounce. And this is just the beginning!
As the dollar continues to drop, the priced-for-perfection stock market could be impacted dramatically. Unprepared investors could lose BILLIONS! It’s no coincidence that Osama bin Laden chose to strike the World Trade Center on Sept. 11… Why?
Because, the World Trade Center represented the heart and soul of the U.S. economy. And destroying the U.S. economy is the main pillar of bin Laden’s strategy to bring down the United States.
Back in 1997, there was a huge and devastating currency raid by the famous trader, George Soros, who leveled Asian monetary units and caused the major Asian economies to falter. It is true that some of those economies have not fully recovered. However, it is also true that history may point to this currency raid and raider as the germination of the seed for the uniting factor of Islamic economic power that changed the economic and monetary world.

FROM OIL FOR DOLLARS … TO … OIL FOR GOLD!
On Jan 18 Forbes reported that Sell oil for gold, Mahathir tells Saudi Arabia … “Former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad said on Sunday that Saudi Arabia should sell oil for gold, not dollars, to avoid being “short-changed” by a decline in the U.S. currency … He suggested countries tally their total annual imports and exports and settle the difference at the end of the year in “gold dinars.”
Recent news supports the idea that the Gold Dinar, with support from 53 other Islamic nations, is a planned offensive against the use of the dollar as a settlement currency for oil. It is perceived, and correctly so, that the Islamic world is controlled via the use of the US dollar as the main settlement currency.
When I say “controlled” I mean whatever happens economically in the USA is exported there via the dollar. Dollars exchanged for the Gold Dinar currency as a measure for gold settlements quarterly or gold convertible to pay for certain oil imports would end all the debate of whether or not gold has a place in the monetary system.