DEALER BERDAFTAR PUBLIC GOLD (PG004992) TEL : 012-3522191
MENJUAL GOLDBAR DAN DINAR PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL JUGA MEMBELI EMAS TERPAKAI, SURAT PAJAK (012-3522191)
$. Trusted since 2010 .$

Jumaat, 25 Februari 2011

Emas vs RM vs USD

Sepertimana seperti yang kita sedia maklum bahawa kekuatan dan kelemahan US Dollar memberi kesan langsung kepada harga emas DUNIA. 

 US Dollar NAIK       = Harga Emas TURUN   
 US Dollar TURUN    = Harga Emas NAIK      



Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

  
  1. Harga emas di dalam USD
  2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.


Perkara ini dapat kita lihat pada tahun 2010, iaitu berlaku kenaikan RM berbanding USD bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah hari ini USD = RM 3.05. Situasi ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. Adakah situasi ini boleh dikatakan sebagai RM sekarang sedang mengukuh????

 
Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini?

Satu cara yang paling mudah untuk mengetahui kedudukan RM ialah dengan membandingkan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD (Singapore Dollar). Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh secara relatif kepada USD tetapi bagaimana pula dengan SGD - Boleh lihat jadual Kadar Tukaran Matawang di bahagian kanan artikel.

Sebagaimana mana kita mengatakan, 'harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh' mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, 'harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh'.

Secara mudahnya, cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata ianya mahal. Tambahan lagi, emas  tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Manakala, duit kertas senang dimanipulasi, nilainya sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun tidak naik2 pun ada, kadang-kadang tiada nilai contoh duit Zimbabwe. Oleh itu, kalau kita ada duit lebih tu, mari kita tukarkan kepada emas. 



 INFO 

 HARGA EMAS TAHUN 1994 - 1 GRAM = SEKITAR RM40
 HARGA EMAS TAHUN 2010 - 1 GRAM = SEKITAR RM150
 SETELAH 2 KALI GELOMBANG 
 KEGAWATAN & KEMELESETAN EKONOMI DUNIA BERLAKU 
 ( 1998 & 2008 )
 TAPI HARGA EMAS TETAP MELONJAK..........




Tiada ulasan:

Catat Ulasan