Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
Anda juga boleh menjana keuntungan walau tidak menjual emas.
Contoh - Secara ringkasnya , Mudah saja, iaitu harga emas memang sudah diketahui sejak dahulu harganya sentiasa naik. Oleh itu, dari kenaikan harga emas, walau anda tidak menjual sekalipun anda boleh secara tidak langsung memperolehi keuntungan. Selama mana anda simpan, harga emas sentiasa berkilau-kilau dan tidak akan pudar.
Teknik Beli Masa Harga Rendah dan Jual Masa Harga Tinggi.
Anda selalu memerhatikan carta naik turun harga emas.Apabila anda lihat harga emas mengalami penurunan, anda beli seberapa banyak stok emas. Kemudian anda jual semula apabila harga sudah tinggi.(Capital Gain)
Penggunaan Teknik Pemurataan Kos untuk membuat keuntungan.
1. Umumnya dalam jangkamasa yang panjang, harga emas akan naik. Dalam jangkamasa yang pendek pula, harga emas akan turun dan naik.
2. Oleh itu, teknik pemurataan kos sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang.
3. Contoh simulasi di bawah adalah dengan menggunakan Syiling Kijang Emas sebagai aset pelaburan
4. Tempoh yang digunakan pula adalah selama 5 tahun dari tahun 2004 hingga 2008.
5. Walaupun contoh yang diberikan di bawah menggunakan Syiling Kijang Emas, anda boleh juga mempraktikan teknik ini menggunakan emas lain seperti Emas Public Gold.
6. Contoh menggunakan Syiling Kijang Emas sengaja digunakan kerana anda boleh melihat sendiri harga-harga yang digunakan di bawah adalah harga sebenar pada tarikh yang disebut.
7. Anda boleh menyemak harga semasa dan harga yang lepas Syiling Kijang Emas melalui laman di bawah :
Simulasi Teknik Pemurataan Kos
1. Katakan anda membeli 3 keping Syiling Kijang Emas setiap tahun bermula dari tahun 2004 hingga 2005.
2. Tarikh pembelian adalah pada awal bulan Februari, Mei dan Ogos. Bulan-bulan ini dipilih secara rawak sahaja sebagai contoh.
3. Jadual di bawah adalah berdasarkan harga jualan sebenar pada tarikh berkenaan :
Tahun 2004
Tarikh | Harga Sekeping Kijang Emas (RM) |
4 Februari | 1,611 |
5 Mei | 1,585 |
2 Ogos | 1,586 |
Purata Harga Sekeping Kijang Emas | 1,594 |
Tahun 2005
Tarikh | Harga Sekeping Kijang Emas (RM) |
1 Februari | 1,701 |
3 Mei | 1,731 |
1 Ogos | 1,703 |
Purata Harga Sekeping Kijang Emas | 1,712 |
Tahun 2006
Tarikh | Harga Sekeping Kijang Emas (RM) |
2 Februari | 2,263 |
2 Mei | 2,508 |
1 Ogos | 2,462 |
Purata Harga Sekeping Kijang Emas | 2,411 |
Tahun 2007
Tarikh | Harga Sekeping Kijang Emas (RM) |
2 Februari | 2,429 |
3 Mei | 2,439 |
1 Ogos | 2,438 |
Purata Harga Sekeping Kijang Emas | 2,435 |
Tahun 2008
Tarikh | Harga Sekeping Kijang Emas (RM) |
4 Februari | 3,111 |
2 Mei | 2,845 |
1 Ogos | 3,149 |
Purata Harga Sekeping Kijang Emas | 3,035 |
4. Purata sekeping Syiling Kijang Emas yang dibeli dari tahun 2004 hingga 2008 adalah :
(RM 1,594 + RM 1,712 + RM 2,411 + RM 2,435 + RM 3,035) / 5 = RM 2,237
5. Katakan pada 19 Februari 2009 anda hendak menjual kesemua Syiling Kijang Emas.
6. Oleh itu, keuntungan anda adalah seperti berikut :
- Harga belian pada 19 Februari 2009 = RM 3,812
- Purata harga Syiling Kijang Emas yang telah anda beli = RM 2,237
- Keuntungan sekeping Syiling Kijang Emas = RM 1,575
- Keuntungan 15 keping Syiling Kijang Emas = RM 23,625
7. Dalam jangka masa 5 tahun, keuntungan yang anda jana adalah sebanyak 70% atau 14% dalam jangkamasa setahun.
- Teknik average cost ini juga boleh dipraktikkan sekiranya kita telah terbeli emas semasa harga mahal, teknik ini dapat 'prorate' kan harga emas yg kita beli per gram . Jadi untuk meminimakan harga emas yang kita sudah beli pada waktu mahal, tiada cara lain hanya dengan teknik pemurataan harga, untuk pemurataan harga anda boleh membeli seberapa banyak yang anda mampu ketika harga emas murah (jika ada duit lagi he he). katakan anda membeli sebanyak 2 ketul pada masa harga RM 3150 = 3150 x 2 = 6300, untuk meminimakan kos 2 ketul emas terdahulu anda membeli sebanyak 2 ketul pada masa harga emas jatuh, contohnya jatuh pada harga RM 3050 seketul, 3050 x 2 =6100
Jumlah belian emas terdahulu (waktu mahal) 6300 + Jumlah belian semasa (murah) 6100 =12400
12400/4= RM3100;
Anda boleh kurangkan sebanyak RM 50 seketul pada harga emas terdahulu. Makin banyak kuantiti yang anda beli pada waktu murah makin banyak kos yang dapat kita minimakan pada harga emas terdahulu (mahal). Kesimpulan, jangan takut untuk membeli ketika harga emas mahal, kerana harga emas biasanya turun kejap je, lepas tu kembali melantun bak ombak tsunami.
Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal
Pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. Boleh rujuk
IKUTI TIPS BERIKUT~
- Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
- Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
- Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan