Kenali Jenis Emas Dan Karat
Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang dulu menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item). Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik. Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya. 24 carat ( 99.9% ketulenan atau lebih tinggi ) ( emas sepuluh ) 22 carat ( emas 916, 91.6% ) 21 carat ( 87.5% ) 20 carat ( 83.3% ) ...

Ulasan
Catat Ulasan