DEALER BERDAFTAR PUBLIC GOLD (PG004992) TEL : 012-3522191
MENJUAL GOLDBAR DAN DINAR PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL JUGA MEMBELI EMAS TERPAKAI, SURAT PAJAK (012-3522191)
$. Trusted since 2010 .$

Selasa, 25 Januari 2011

Kenali Jenis Emas Dan Karat

Istilah susut nilai (spread) : Susutnilai juga dipanggil spread. Tujuannya ialah supaya penjual emas dapat untung daripada perbezaan harga belian dan jualan. Cth susutnilai kijang = 6%, public gold = 5% – 6% (we buy). 
 
HARGA SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). HARGA SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula HARGA SPREAD adalah sebagaimana berikut:
HARGA SPREAD = Harga WE SELL - Harga WE BUY
Peratusan HARGA SPREAD = (Jumlah HARGA SPREAD / Harga WE BUY) x 100

~% harga spread yang rendah adalah yang terbaik bagi pembeli emas, pembeli yang bijak akan memilih emas yang mempunyai % spread yang terendah dan pastikan ketulinannya.




Apa itu kitco.com? 

Kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga.
Pejabat mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.
Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.

tn_kitco_website
laman web kitco.com



Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik dan turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)




Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan?
Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.
Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.



contoh_graf_harga_kitco

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:
1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia

Dua daripada faktor2 berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu:
1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran
Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.

Harga emas dunia ,seperti juga harga minyak, ia ditentukan dalam USD. Sememangnya harga di Kitco adalah harga yang menjadi sandaran kepada seluruh dunia.



2 Faktor utama yang memberi kesan terus kepada pergerakan graf ialah:

  1. Kedudukan nilai USD dan permintaan di pasaran. 

USD NAIK -EMAS TURUN

Manakala jika USD turun(lemah),harga emas akan naik

USD TURUN- EMAS NAIK

Perkara ini mudah sahaja. Duit kalau dah tak benilai ,mana dapat nak beli emas dan juga keperluan lain .Contoh duit Zimbabwe,  duit matawang Zimbabwe terlalu lemah (murah) sehingga hendak membeli kentang memerlukan 3 trilion Zimbabwe.



huraian_kenapa_harga_naik
Bila USD lemah maka harga emas naik.



 kitco_price2
Bila USD kuat maka harga emas turun.




  2. Prinsip Supply and Demand (penawaran dan permintaan)
Di sini prinsip supply and demand adalah cara senang nak cerita. Jika banyak sangat penawaran daripada permintaan di pasaran emas , maka harga emas akan turun. tetapi sebaliknya jika banyak sangat permintaan daripada penawaran ,maka harga emas akan naik

ORANG BANYAK NAK  BELI (BRG TERHAD) -  EMAS NAIK

BANYAK PENJUALAN (PERMINTAAN KURANG)  -  EMAS TURUN







Hakikatnya hukum 'supply and demand' untuk emas yang sebenarnya ialah:
supply-sentiasa sedikit (kerana emas diperoleh daripada perut bumi)
maka demand-sentiasa tinggi
maka emas sentiasa bernilai tinggi dan tidak jatuh seperti wang kertas.



Selain itu, terdapat juga faktor2 lain yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi harga emas, iaitu inflasi, keadaan politik, harga minyak dan permintaan pasaran tempatan.

Inflasi
Pada situasi inflasi naik, maka nilai emas juga makin tinggi melebihinya. Inflasi hanya mengikis nilai wang kertas namun ia tidak mempengaruhi sedikitpun harga emas.

Politik 
Kejadian-kejadian seperti 11 september, terkini tunjuk perasaan di Mesir, Libya, Perang 7 tahun Iran vs Iraq dan lainnya, terutama yang melibatkan negara2 barat dan Timur Tengah mempengaruhi harga minyak dunia dan mengakibatkan situasi menjadi tak menentu. Dalam situasi seperti ini, emas selalunya akan menjadi pegangan dan sandaran. Oleh itu, harga emas naik ketika situasi politik cemas tidak menentu


Harga Minyak
Ada hal yang menarik antara harga Emas dan Harga Minyak, apabila berlaku kenaikan harga Minyak mentah dunia, maka harga Emas akan ikut naik. Semakin tinggi kenaikan harga minyak, maka harga Emas pun akan meroket, dan tentunya akan diikuti oleh kenaikan harga Emas di pasar domestik.

Permintaan Pasaran Tempatan
India dan China merupakan negara dengan permintaan Emas paling tinggi di dunia. Pada musim-musim tertentu seperti musim perkahwinan di India, permintaan Emas di pasaran tempatan India menjadi sangat tinggi, akibatnya ia dapat mempengaruhi permintaan Emas dunia. Hal ini biasanya terjadi pada bulan September, kemudian disusul dengan musim perayaan Natal di Amerika dan Eropah, pada musim2 seperti ini permintaan  Emas terus meningkat dan ini jugalah  yang menyebabkan harga Emas  naik.




                                        


                                 Graf Kitco 24 jam


Graf ini mempunya tiga garisan berwarna.Garisan hijau menunjukkan pergerakan harga emas pada hari ini (today), Merah untuk hari kelmarin (yesterday) dan biru untuk hari sebelum kelmarin (day before yesterday).

Selain itu, di bahagian bawah graf juga terdapat Universal Time ( Greenwich Mean Time - GMT New York) . Perbezaan masa dengan Malaysia ialah lebih kurang 12 jam.
Pergerakan harga emas akan aktif pada hari Isnin, jam 7.00  pagi waktu Malaysia hingga Jam 5.00 pagi Sabtu. Harga akan berkeadaan statik  bermula pada hari Sabtu  pukul 5.00 pagi waktu Malaysia sampai hari Isnin pukul 7.00 pagi. Dengan kata lain hari Sabtu dan Ahad pasaran ditutup. Oleh sebab itu, live price bagi emas Public Gold juga berkeadaan statik pada hari sabtu dan ahad.




petikan:blog sifu emas jutawanemas dan blog member emas yusrinizam yusof  
http://emaskuning999.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. salam semua, terima kasih kepada yang sudi luangkan baca membaca blog saya, semoga mendapat info berguna..InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana berkongsi ilmu

    BalasPadam